Khamis, 6 Mei 2010

Laporan Kursus Kejurulatihan Badminton (Awalan) Peringkat Kebangsaan

KURSUS KEJURULATIHAN PENGENALAN BADMINTON

 

1.0 Pengenalan

Pada bulan Mac yang lalu, Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Rajang dengan kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengadakan Kursus Kejurulatihan Pengenalan Badminton. Kursus ini merupakan satu usaha Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Rajang dan Kumpulan PISMP-PJ Sem 5 ambilan Jan 2008 untuk memenuhi criteria dan penilaian matapelajaran PJM3113. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 17 Mac (Rabu) dan 18 Mac (Selasa), yang bertempat di Gelanggang Badminton, Dewan Masyarakat Bintangor. Kursus ini telah disertai oleh peserta dari IPG Kampus Rajang iaitu Gerko Badminton KPLI ambilan Jan 2010 dan PISMP PJ Ambilan Jan 2008. Penceramah khas telah dijemput iaitu Encik Muthasam dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Manakala ceramah mengenai pemakanan dalam sukan telah disampaikan oleh Dr Ong Kong Swee dari Majlis Sukan Negara.

 

 

 2.0 Kekuatan

Setelah mengikuti Kursus Kejurulatihan Pengenalan Badminton, terdapat banyak kekuatan yang boleh dilihat dengan jelas dan nyata. Walaupun agenda yang dijalankan hanya mengenai teori awalan badminton serta pendedahan latihan awalan bagi sukan badminton, namun agenda ini berkualiti dan padat dengan ilmu baru bagi kami. Buktinya, kami  didedahkan dengan kunci untuk menjadi seorang jurulatih yang berpengetahuan  dan berkemahiran.

            Melalui kursus ini juga, kami dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru pelatih PISMP PJ, guuru palatih KPLI dan juga guru-guru dari daerah bintangor. Selain itu, ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini boleh diaplikasikan semasa mengajar kemahiran-kemahiran badminton kepada pelajar semasa berada di sekolah nanti. Kepelbagaian jenis latihan seperti kecergasan berasaskan fizikal iaitu latihan ketangkasan, kuasa, koordinasi, masa tindak balas, imbangan dan kelajuan telah diajar kepada kami. Hal ini menjadikan kami lebih kreatif mencipta dan mereka sesuatu permainan yang pelbagai menjurus kepada otot-otot tertentu bagi mengelakkan pelajar bosan melakukan aktiviti yang sama setiap hari semasa latihan.

 

 

3.0 Kelemahan program

            Secara ringkasnya, program ini sesuai tetapi terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti iaitu aspek masa. Kekangan masa yang tidak dapat dielakkan telah menyebabkan jadual kursus kami menjadi padat. Keadaan ini telah menyebabkan setiap peruntukan masa bagi setiap aktiviti program kursus terpaksa disingkatkan.

 

 

4.0 Cadangan Penambahbaikan.

            Bagi cadangan untuk penambahbaikan pada masa akan datang, pastikan tempoh masa mencukupi bagi melaksanakkan setiap aktiviti supaya semua peserta berpeluang untuk mengukuhkan lagi kefahaman dan kemahiran mereka dalam permainan badminton.

 

 

5.0 Penutup

            Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya memberikan impak positif terhadap setiap peserta yang terlibat serta mendedahkan setiap peserta kursus untuk mengubah kaedah latihan bagi setiap kemahiran dalam permainan badminton. Kursus ini merupakan wahana untuk perubahan cara berfikir dengan matang dengan menginterpretasikan ilmu baru yang diperolehi.

 

 

Disediakan oleh

 

 

_________________________

(EVANGELINA AK SEBASTIAN RUMPANG)

Setiausaha

PISMP-PJ



Gambar Aktiviti di IPG Kampus Rajang

Rabu, 28 April 2010

Aktiviti Bulanan

Kehidupan yang sibuk di IPG - Semester 5

Mac - April

-Lawatan ke kuching - MSN/ISN, Padang Latihan Hoki SUKMA Sarawak

-Kursus Badminton BAM awalan.

-Praktikum (4 Minggu) - SK SG PAOH

-Pengelolaan Kojohanan Badminton Antara Agensi Kerajaan Daerah Meradong-Julau

-Penilaian Badminton (PJM3113)

-Kursus Indoor Hockey MHF awalan.

-Penilaian Hoki (PJM3113)

-Penilaian Pengelolaan Sukaneka (PJM3112)

-Pengelolaan Pertandingan Kawad Kaki peringkat IPG Kampus Rajang.

-Pengelolaan Mini Marathon Relay (GERKO Sem5)

-BIG - Benchmarking SEM 5