Jumaat, 11 November 2011
Beberapa Minggu Terakhir di IPG
Khamis, 6 Mei 2010
Laporan Kursus Kejurulatihan Badminton (Awalan) Peringkat Kebangsaan
KURSUS KEJURULATIHAN PENGENALAN BADMINTON
1.0 Pengenalan
Pada bulan Mac yang lalu, Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Rajang dengan kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengadakan Kursus Kejurulatihan Pengenalan Badminton. Kursus ini merupakan satu usaha Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Rajang dan Kumpulan PISMP-PJ Sem 5 ambilan Jan 2008 untuk memenuhi criteria dan penilaian matapelajaran PJM3113. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 17 Mac (Rabu) dan 18 Mac (Selasa), yang bertempat di Gelanggang Badminton, Dewan Masyarakat Bintangor. Kursus ini telah disertai oleh peserta dari IPG Kampus Rajang iaitu Gerko Badminton KPLI ambilan Jan 2010 dan PISMP PJ Ambilan Jan 2008. Penceramah khas telah dijemput iaitu Encik Muthasam dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Manakala ceramah mengenai pemakanan dalam sukan telah disampaikan oleh Dr Ong Kong Swee dari Majlis Sukan Negara.
2.0 Kekuatan
Setelah mengikuti Kursus Kejurulatihan Pengenalan Badminton, terdapat banyak kekuatan yang boleh dilihat dengan jelas dan nyata. Walaupun agenda yang dijalankan hanya mengenai teori awalan badminton serta pendedahan latihan awalan bagi sukan badminton, namun agenda ini berkualiti dan padat dengan ilmu baru bagi kami. Buktinya, kami didedahkan dengan kunci untuk menjadi seorang jurulatih yang berpengetahuan dan berkemahiran.
Melalui kursus ini juga, kami dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru pelatih PISMP PJ, guuru palatih KPLI dan juga guru-guru dari daerah bintangor. Selain itu, ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini boleh diaplikasikan semasa mengajar kemahiran-kemahiran badminton kepada pelajar semasa berada di sekolah nanti. Kepelbagaian jenis latihan seperti kecergasan berasaskan fizikal iaitu latihan ketangkasan, kuasa, koordinasi, masa tindak balas, imbangan dan kelajuan telah diajar kepada kami. Hal ini menjadikan kami lebih kreatif mencipta dan mereka sesuatu permainan yang pelbagai menjurus kepada otot-otot tertentu bagi mengelakkan pelajar bosan melakukan aktiviti yang sama setiap hari semasa latihan.
3.0 Kelemahan program
Secara ringkasnya, program ini sesuai tetapi terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti iaitu aspek masa. Kekangan masa yang tidak dapat dielakkan telah menyebabkan jadual kursus kami menjadi padat. Keadaan ini telah menyebabkan setiap peruntukan masa bagi setiap aktiviti program kursus terpaksa disingkatkan.
4.0 Cadangan Penambahbaikan.
Bagi cadangan untuk penambahbaikan pada masa akan datang, pastikan tempoh masa mencukupi bagi melaksanakkan setiap aktiviti supaya semua peserta berpeluang untuk mengukuhkan lagi kefahaman dan kemahiran mereka dalam permainan badminton.
5.0 Penutup
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya memberikan impak positif terhadap setiap peserta yang terlibat serta mendedahkan setiap peserta kursus untuk mengubah kaedah latihan bagi setiap kemahiran dalam permainan badminton. Kursus ini merupakan wahana untuk perubahan cara berfikir dengan matang dengan menginterpretasikan ilmu baru yang diperolehi.
Disediakan oleh
_________________________
(EVANGELINA AK SEBASTIAN RUMPANG)
Setiausaha
PISMP-PJ
Rabu, 28 April 2010
Aktiviti Bulanan
Kehidupan yang sibuk di IPG - Semester 5
Mac - April
-Lawatan ke kuching - MSN/ISN, Padang Latihan Hoki SUKMA Sarawak
-Kursus Badminton BAM awalan.
-Praktikum (4 Minggu) - SK SG PAOH
-Pengelolaan Kojohanan Badminton Antara Agensi Kerajaan Daerah Meradong-Julau
-Penilaian Badminton (PJM3113)
-Kursus Indoor Hockey MHF awalan.
-Penilaian Hoki (PJM3113)
-Penilaian Pengelolaan Sukaneka (PJM3112)
-Pengelolaan Pertandingan Kawad Kaki peringkat IPG Kampus Rajang.
-Pengelolaan Mini Marathon Relay (GERKO Sem5)
-BIG - Benchmarking SEM 5
Sabtu, 7 November 2009
Masalah Update Antivirus Database secara Automatik.
Terdapat banyak jenis antivirus di pasaran. Kebanyakan pengguna memilih antivirus berdasarkan keberkesanannya melakukan scanning dan kemampuannya untuk menangani virus/cecacing/trojan yang sentiasa berkembang dan semakin maju. Untuk membolehkan program antivirus mengesan virus, pembangun program antivirus perlu mencipta dan menambah database antivirus agar sentiasa dikemaskini. Setiap hari, banyak virus-virus baru muncul, jadi, sebagai langkah pencegahan, pengaturcara program antivirus telah menyediakan database yang boleh dimuat turun daripada laman web mereka demi kepentingan serta keselamatan pengguna. Antivirus Avira sebagai contoh, mengemaskini database mereka beberapa kali dalam sehari, begitu juga dengan antivirus lain. Tetapi, masalah timbul apabila program antivirus kita mengalami masalah untuk memuat turun database secara automatik. Selain itu, sekiranya talian internet tidak stabil, progress memuat turun boleh berhenti dengan tiba-tiba dan ini menyebabkan anda terpaksa memulakan semula proses memuat turun daripada awal. Untuk pengetahuan anda, anda sebenarnya boleh memuat turun database tersebut secara manual. Berikut merupakan contoh laman web serta antivirus yang menyediakan database secara manual download.
1. Avira AV
http://www.avira.com/en/support/vdf_update.html
Klik Download IVDF (Unicode) dan mulakan download. Kemudian, mulakan program AV dan update secara manual.
2. AVG AV
http://free.avg.com/us-en/download-update
Klik pada update AVI yang terkini dan simpan file tersebut di komputer anda. Kemudian, mulakan program AVG AV anda dan mulakan update secara manual.
3. Avast! AV
http://www.avast.com/eng/updates.html
Klik pada Virus database update (VPS) Download dan simpan di komputer anda. Update secara manual.
4. Norton / Symantec AV
http://www.symantec.com/business/security_response/definitions.jsp
Pilih versi AV anda pada Download Definitions by Product dan download ke dalam komputer.
5. Kaspersky AV
http://www.kaspersky.com/productupdates
Pilih versi AV dan klik padanya untuk memuat turun update terkini.