Jumaat, 11 November 2011

Our PISMP-PJ Annual Dinner Vid

Beberapa Minggu Terakhir di IPG

Hari ni, 12 November 2011(Sabtu). Tinggal 2 minggu lebih je lagi life di IPGKR ni.. tak lama lagi dah nak abis pengajian.. Agaknya mcmana perasaan kawan2 yang lain? Rasanya mesti ramai yang happy sebab tak lama lagi dapatlah merasa duit gaji sendiri(tu pun kalau ditempatkan awal dan dapat gaji awal). Lagipun MQA belum lagi check folder2 kami yang berlambak tu.. Berdebar-debar.. Tapi thanks la juga kepada pengurusan IPG ni sebab dah readykan kami untuk KISSM dan SPP tu.. Nervous juga tunggu tarikh tu.. Harap-harap dapat lepas la.. Lagipun exam last paper pun belum lepas lagi. Harap-harap dapat jawab dengan baik juga.. Lepas dah habis pengajian nanti, mesti susah nak berjumpa dengan semua coursemate.. Mungkin dapat berjumpa, tapi tidak seperti kebiasaannya. Dah posting nanti, makan sorang2, minum sorang2, nak main bola? mesti tak terdengar lagi bunyi william menjerit ajak main bola. Hahaha!!! Ataupun suara jay2 yang menjerit "Bola tampar!!! bola tampar!!!" Nak main badminton pula nanti mesti agak susah.. ya la, bukan semua sekolah ada dewan tertutup. Terutamanya di kawasan pedalaman. Nak main bola pun belum tentu ada padang sebaik padang IPG ni. haih.. rasa sedih pulak nak tinggalkan IPG ni.. Rasa nak sambung pengajian di sini lagi pun ada.. Just wait n see.... ~end~

Khamis, 6 Mei 2010

Laporan Kursus Kejurulatihan Badminton (Awalan) Peringkat Kebangsaan

KURSUS KEJURULATIHAN PENGENALAN BADMINTON

 

1.0 Pengenalan

Pada bulan Mac yang lalu, Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Rajang dengan kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengadakan Kursus Kejurulatihan Pengenalan Badminton. Kursus ini merupakan satu usaha Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Rajang dan Kumpulan PISMP-PJ Sem 5 ambilan Jan 2008 untuk memenuhi criteria dan penilaian matapelajaran PJM3113. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 17 Mac (Rabu) dan 18 Mac (Selasa), yang bertempat di Gelanggang Badminton, Dewan Masyarakat Bintangor. Kursus ini telah disertai oleh peserta dari IPG Kampus Rajang iaitu Gerko Badminton KPLI ambilan Jan 2010 dan PISMP PJ Ambilan Jan 2008. Penceramah khas telah dijemput iaitu Encik Muthasam dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Manakala ceramah mengenai pemakanan dalam sukan telah disampaikan oleh Dr Ong Kong Swee dari Majlis Sukan Negara.

 

 

 2.0 Kekuatan

Setelah mengikuti Kursus Kejurulatihan Pengenalan Badminton, terdapat banyak kekuatan yang boleh dilihat dengan jelas dan nyata. Walaupun agenda yang dijalankan hanya mengenai teori awalan badminton serta pendedahan latihan awalan bagi sukan badminton, namun agenda ini berkualiti dan padat dengan ilmu baru bagi kami. Buktinya, kami  didedahkan dengan kunci untuk menjadi seorang jurulatih yang berpengetahuan  dan berkemahiran.

            Melalui kursus ini juga, kami dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru pelatih PISMP PJ, guuru palatih KPLI dan juga guru-guru dari daerah bintangor. Selain itu, ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini boleh diaplikasikan semasa mengajar kemahiran-kemahiran badminton kepada pelajar semasa berada di sekolah nanti. Kepelbagaian jenis latihan seperti kecergasan berasaskan fizikal iaitu latihan ketangkasan, kuasa, koordinasi, masa tindak balas, imbangan dan kelajuan telah diajar kepada kami. Hal ini menjadikan kami lebih kreatif mencipta dan mereka sesuatu permainan yang pelbagai menjurus kepada otot-otot tertentu bagi mengelakkan pelajar bosan melakukan aktiviti yang sama setiap hari semasa latihan.

 

 

3.0 Kelemahan program

            Secara ringkasnya, program ini sesuai tetapi terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti iaitu aspek masa. Kekangan masa yang tidak dapat dielakkan telah menyebabkan jadual kursus kami menjadi padat. Keadaan ini telah menyebabkan setiap peruntukan masa bagi setiap aktiviti program kursus terpaksa disingkatkan.

 

 

4.0 Cadangan Penambahbaikan.

            Bagi cadangan untuk penambahbaikan pada masa akan datang, pastikan tempoh masa mencukupi bagi melaksanakkan setiap aktiviti supaya semua peserta berpeluang untuk mengukuhkan lagi kefahaman dan kemahiran mereka dalam permainan badminton.

 

 

5.0 Penutup

            Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya memberikan impak positif terhadap setiap peserta yang terlibat serta mendedahkan setiap peserta kursus untuk mengubah kaedah latihan bagi setiap kemahiran dalam permainan badminton. Kursus ini merupakan wahana untuk perubahan cara berfikir dengan matang dengan menginterpretasikan ilmu baru yang diperolehi.

 

 

Disediakan oleh

 

 

_________________________

(EVANGELINA AK SEBASTIAN RUMPANG)

Setiausaha

PISMP-PJ



Gambar Aktiviti di IPG Kampus Rajang

Rabu, 28 April 2010

Aktiviti Bulanan

Kehidupan yang sibuk di IPG - Semester 5

Mac - April

-Lawatan ke kuching - MSN/ISN, Padang Latihan Hoki SUKMA Sarawak

-Kursus Badminton BAM awalan.

-Praktikum (4 Minggu) - SK SG PAOH

-Pengelolaan Kojohanan Badminton Antara Agensi Kerajaan Daerah Meradong-Julau

-Penilaian Badminton (PJM3113)

-Kursus Indoor Hockey MHF awalan.

-Penilaian Hoki (PJM3113)

-Penilaian Pengelolaan Sukaneka (PJM3112)

-Pengelolaan Pertandingan Kawad Kaki peringkat IPG Kampus Rajang.

-Pengelolaan Mini Marathon Relay (GERKO Sem5)

-BIG - Benchmarking SEM 5

Sabtu, 7 November 2009

Masalah Update Antivirus Database secara Automatik.

Terdapat banyak jenis antivirus di pasaran. Kebanyakan pengguna memilih antivirus berdasarkan keberkesanannya melakukan scanning dan kemampuannya untuk menangani virus/cecacing/trojan yang sentiasa berkembang dan semakin maju. Untuk membolehkan program antivirus mengesan virus, pembangun program antivirus perlu mencipta dan menambah database antivirus agar sentiasa dikemaskini. Setiap hari, banyak virus-virus baru muncul, jadi, sebagai langkah pencegahan, pengaturcara program antivirus telah menyediakan database yang boleh dimuat turun daripada laman web mereka demi kepentingan serta keselamatan pengguna. Antivirus Avira sebagai contoh, mengemaskini database mereka beberapa kali dalam sehari, begitu juga dengan antivirus lain. Tetapi, masalah timbul apabila program antivirus kita mengalami masalah untuk memuat turun database secara automatik. Selain itu, sekiranya talian internet tidak stabil, progress memuat turun boleh berhenti dengan tiba-tiba dan ini menyebabkan anda terpaksa memulakan semula proses memuat turun daripada awal. Untuk pengetahuan anda, anda sebenarnya boleh memuat turun database tersebut secara manual. Berikut merupakan contoh laman web serta antivirus yang menyediakan database secara manual download.

1.       Avira AV

http://www.avira.com/en/support/vdf_update.html

Klik Download IVDF (Unicode) dan mulakan download. Kemudian, mulakan program AV dan update secara manual.

2.       AVG AV

http://free.avg.com/us-en/download-update

Klik pada update AVI yang terkini dan simpan file tersebut di komputer anda. Kemudian, mulakan program AVG AV anda dan mulakan update secara manual.

3.       Avast! AV

http://www.avast.com/eng/updates.html

Klik pada Virus database update (VPS) Download dan simpan di komputer anda. Update secara manual.

4.       Norton / Symantec AV

http://www.symantec.com/business/security_response/definitions.jsp

Pilih versi AV anda pada Download Definitions by Product dan download ke dalam komputer.

5.       Kaspersky AV

http://www.kaspersky.com/productupdates

Pilih versi AV dan klik padanya untuk memuat turun update terkini.

Pengenalan....

Saya berminat dengan benda-benda berkaitan komputer dan teknologi, kalau boleh nak teroka semua. So, nak share2 apa yang saya tahu untuk kegunaan semua..